Khamis, 4 Februari 2010

Selamat Datang

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog tokoh cerpen Ali Majod. Sebesar-besar kesyukuran dirafakkan ke atas Allah s.w.t. atas limpahan kurnia-Nya, segala persiapan sepanjang beberapa minggu menyiapkan tugasan ini, akhirnya blog untuk menempatkan segala informasi mengenai tokoh Ali Majod berjaya disempurnakan dengan jayanya. Menjadi harapan kami untuk semua maklumat yang dimasukkan ke dalam blog ini dapat menjadi rujukan kepada semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus Cerpen Melayu, Dr. Mawar Shafie yang banyak memberi pandangan dan pendapat dalam menyempurnakan blog. Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung kerana sumbangan anda dalam menyiapkan tugasan ini amat kami hargai.
Blog Ali Majod yang dihasilkan ini merupakan salah satu tugasan yang perlu disempurnakan bagi memenuhi keperluan markah kursus SKMM1043, Cerpen Melayu. Tugasan ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 1 daripada Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010. Selain daripada tokoh cerpen Ali Majod, terdapat juga pelajar-pelajar daripada kursus ini menyediakan blog mengenai tokoh-tokoh cerpen yang lain seperti Ishak Haji Muhammad, Usman Awang, Hamzah Hussain, Awam il-Sarkam, A. Samad Said, Salmi Manja, Zaharah Nawawi, Mana Sikana, dan Abdullah Tahir. Segala persiapan dan pemarkahan menyediakan blog ini dinilai oleh pensyarah kursus ini yang juga Ketua Program bagi Program Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Mawar Shafie. Penyediaan blog yang mengkaji mengenai seseorang tokoh ini diharapkan bukan hanya sekadar memenuhi keperluan markah tetapi diharapkan dapat menjadi rujukan kepada masyarakat umum yang kini menjadikan internet sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan