Khamis, 4 Februari 2010

Latar Belakang Tokoh

Mohamad Ali Bin Majod dilahirkan pada 12 September 1940 di Kampung Ayer Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan. Pendidikan awal Ali Majod ialah:
  • Sekolah Melayu Sungai Jernih (1848-1955)
  • Sekolah Melayu Gemencheh (1956-1957)

Setelah menamatkan pelajaran di sekolah, Ali Majod meneruskan pengajian tinggi iaitu di:

Beliau yang juga menggunakan nama penanya Ali Majod telah mula menulis semenjak di bangku sekolah lagi dengan menghasilkan puisi. Sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, beliau telah memenangi Hadiah Tunas Sastera 1961 sempena Peraduan Mengarang Cerpen di maktab tersebut. Hasil karya Ali Majod mula mendapat perhatian daripada pihak akhbar dan majalah setelah salah sebuah karya beliau memenangi Hadiah $100 cerpen Berita Harian pada tahun 1961. Penghasilan karya oleh beliau tidak terhenti setelah menjadi pendidik malah beliau semakin giat dalam penghasilan karya walaupun mempunyai komitmen sebagai seorang guru terutama sekali dalam penghasilan karya cerpen. Selain daripada menjadi seorang guru, Ali Majod juga pernah bertugas sebagai seorang pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei, dan editor di Unit Buku Kanak-kanak dan Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan