Khamis, 4 Februari 2010

Selamat Datang

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog tokoh cerpen Ali Majod. Sebesar-besar kesyukuran dirafakkan ke atas Allah s.w.t. atas limpahan kurnia-Nya, segala persiapan sepanjang beberapa minggu menyiapkan tugasan ini, akhirnya blog untuk menempatkan segala informasi mengenai tokoh Ali Majod berjaya disempurnakan dengan jayanya. Menjadi harapan kami untuk semua maklumat yang dimasukkan ke dalam blog ini dapat menjadi rujukan kepada semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus Cerpen Melayu, Dr. Mawar Shafie yang banyak memberi pandangan dan pendapat dalam menyempurnakan blog. Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung kerana sumbangan anda dalam menyiapkan tugasan ini amat kami hargai.
Blog Ali Majod yang dihasilkan ini merupakan salah satu tugasan yang perlu disempurnakan bagi memenuhi keperluan markah kursus SKMM1043, Cerpen Melayu. Tugasan ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 1 daripada Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010. Selain daripada tokoh cerpen Ali Majod, terdapat juga pelajar-pelajar daripada kursus ini menyediakan blog mengenai tokoh-tokoh cerpen yang lain seperti Ishak Haji Muhammad, Usman Awang, Hamzah Hussain, Awam il-Sarkam, A. Samad Said, Salmi Manja, Zaharah Nawawi, Mana Sikana, dan Abdullah Tahir. Segala persiapan dan pemarkahan menyediakan blog ini dinilai oleh pensyarah kursus ini yang juga Ketua Program bagi Program Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Mawar Shafie. Penyediaan blog yang mengkaji mengenai seseorang tokoh ini diharapkan bukan hanya sekadar memenuhi keperluan markah tetapi diharapkan dapat menjadi rujukan kepada masyarakat umum yang kini menjadikan internet sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat.

Latar Belakang Tokoh

Mohamad Ali Bin Majod dilahirkan pada 12 September 1940 di Kampung Ayer Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan. Pendidikan awal Ali Majod ialah:
  • Sekolah Melayu Sungai Jernih (1848-1955)
  • Sekolah Melayu Gemencheh (1956-1957)

Setelah menamatkan pelajaran di sekolah, Ali Majod meneruskan pengajian tinggi iaitu di:

Beliau yang juga menggunakan nama penanya Ali Majod telah mula menulis semenjak di bangku sekolah lagi dengan menghasilkan puisi. Sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, beliau telah memenangi Hadiah Tunas Sastera 1961 sempena Peraduan Mengarang Cerpen di maktab tersebut. Hasil karya Ali Majod mula mendapat perhatian daripada pihak akhbar dan majalah setelah salah sebuah karya beliau memenangi Hadiah $100 cerpen Berita Harian pada tahun 1961. Penghasilan karya oleh beliau tidak terhenti setelah menjadi pendidik malah beliau semakin giat dalam penghasilan karya walaupun mempunyai komitmen sebagai seorang guru terutama sekali dalam penghasilan karya cerpen. Selain daripada menjadi seorang guru, Ali Majod juga pernah bertugas sebagai seorang pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei, dan editor di Unit Buku Kanak-kanak dan Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Rabu, 27 Januari 2010

Karya & Sumbangan

Ali Majod merupakan seorang penulis cerpen yang berjaya dalam penghasilan cerpen-cerpen teutama sekali dalam mengisahkan tentang pelajar sekolah. Beliau yang pernah bertugas sebagai guru, mengambil banyak pengajaran dan pengalaman yang ada dan dimasukkan di dalam hasil karyanya. Antara karya dan sumbangannya yang sehingga kini masih segar ialah cerpen "Pensel Sebatang" yang boleh didapati dalam teks Bahasa Inggeris iaitu "The Pencil". Cerpen ini digunakan sehingga kini dalam teks matapelajaran Bahasa Inggeris. The Pencil merupakan satu cerpen yang begitu besar sumbangan daripada Ali Majod yang menceritakan mengenai keadaan murid sekolah yang ingin mendapatkan perhatian daripada rakan-rakannya. Kisah ini begitu menyentuh hati dan memberikan kesan kepada pembacanya. Antara karya cerpen dan juga kumpulan cerpen yang dihasilkan oleh Ali Majod juga ialah seperti:

i. Semacam Kepuasan
ii.
Ngayau
iii.
Lampu-lampu di Pelabuhan
iv.
Biarkan aku sendiri
v.
Diari Pengawas
vi.
Sayang Si Tina
vii.
Kasihanilah Dia
viii.
Dalam Diri
ix.
Sayang Si Laila
x.
Cinta di Ladang Sawah




::Kumpulan cerpen Sayang Si Tina::

Cerpen-cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini seperti:
  • Berlagak Wakil Rakyat
  • Terlepas daripada Cengkaman Esok
  • Kebanggaan
  • Sayang Si Tina
  • Diari Seorang Pengawas
  • Pahlawan Kampung Mengkudu

:: Kumpulan cerpen Dalam Diri ::

Cerpen yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini ialah:

  • Pensel Sebatang
  • Cinta di Sawah Ladang
  • Kami Mau Kerja
  • Kisah Cinta
  • Terukir Senyum Bahagia Teruna Dara
  • Sayang Si Laila
  • Penunggu
  • Seorang Tua
  • Dalam Diri
  • Semacam Kepuasan


:: Kumpulan cerpen Semacam Kepuasan ::


Cerpen-cerpen yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini ialah:

  • Pensel Sebatang
  • Cinta di Sawah Ladang
  • Sayang si Laila
  • Penunggu
  • Seorang Tua
  • Api! Api!
  • Perlarian Kadi al-Bajuri
  • Umar moden
  • Dalam Diri
  • Semacam Kepuasan
  • Ngayau
  • Lubang Udara
  • Lampu-lampu di perlabuhan
  • Tiga sketsa
  • Soal Klise
  • Prejudis
  • Perempuan itu
  • Hari

:: Kumpulan cerpen Lampu-Lampu Di Pelabuhan ::

Cerpen yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini ialah:

  • Yang Pergi
  • Kehendak Zaman
  • Ngayau
  • Burung Besar
  • Lubang Udara
  • Engkaukah Yang Datang?
  • Suara Hati
  • Lampu-Lampu Di Pelabuhan
  • Hari
  • Tiga Sketsa
  • Api! Api!
  • Perharian Kadi al-Bajuri
  • Songkokisme

Anugerah & Penghargaan



Antara anugerah yang pernah diterima oleh Ali Majod sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kreatif ini ialah:

i. Hadiah Karya Sastera (1971)
ii. Hadiah Karya Sastera (1972)
iii.Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA II (1980)
iv.Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA I (1982)
v. Hadiah Sastera Malaysia (1986/1987)

Selasa, 26 Januari 2010

Bibliografi

Ali Majod, 1982. Lampu-lampu di pelabuhan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia

Ali Majod, 2005. Semacam kepuasan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Ali Majod, 1974. Dalam diri. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ali Majod, 1999. Sayang si tina. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia